My Nuffnang

7.07.2012

Mencari Nur yang hilang **

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 pembaca =)
Alhamdulillah,Segala Puji bagi Allah diatas segala nikmatNya..

Bermula dari alam rohani
Kita berjanji pada Ilahi
Hidup didunia sebagai hamba
Menyembah Tuhan buat bekalan hari kemudian

Biarpun dalam beronak duri
Cobaan Tuhan silih berganti
Kerana iman tetap dihati
Demi akhirat betapa berat ditempuh jua

Telah menjadi resam dunia
Akan beruntung siapa yang leka
Iman termahal paling berharga
Perlu berkorban mendapatkannya

Miskin dan kaya bukan ukuran
Iman dan taqwa nilaian Tuhan
Ganjaran syurga sedia menanti
Hidup disana kekal abadi

Kepada Tuhan panjatkan doa
Petunjuk jalan pada yang Esa
Moga dipimpin dipelihara
Dunia akhirat bakal mendapat nikmat barakah

**Alam Rohani-Hijjaz**

Kawan2,saya amat tertarik dengan lirik lagu Alam Rohani ni.. tersentuh hati bila mendengar alunan nasyid ni..

Ia menceritakan tentang perjalanan kita sebagai hamba Allah  dimuka bumi ini bermula dari alam rohani kemudian perjalanan kita dlm menempuh kehidupan kita samada kita leka ataupun tidak sehinggalah ke dunia akhirat.. =)

Ya Allah betapa nikmatnya kehidupan di syurga..Allah berikan makanan yang paling baik dan lazat, dijadikan juga bidadari syurga didalamnya,dijadikan juga air sungai yang mengalir dibawahnya..Ya Allah..dapatkah aku kesana?







No comments: