My Nuffnang

6.09.2016

::RAMADHAN QAREEM::






     Alhamdulillah,masuk kita ke bulan ramadhan yang mulia..Bulan yang penuh keberkatan dan bulan pengampunan. Mudah - mudahan kita semua mendapat pengampunan daripada Allat swt. Ahlan wasahlan ya ramadhan.

   Bulan ni, mak & abah berpuasa di mekah..Ya Allah seronoknya rasa. Walaupun bukan aku yang pergi,rasa sebahagian jiwaku berada disana. Melihat keseronokan yang terpancar di raut wajah   ayahbonda,terasa lega dihati. Melihat kaabah berdiri teguh didepan mata, sehingga menitiskan air mata..Mengingati pahlawan2 islam dan sahabat2 nabi yang memperjuangkan agama Allah.. Ya Allah..

    Alhamdulillah akhirnya mok & abah selamat menjadi tetamu Allah di tanah suci. Semoga mereka mendapat umrah yang mabrur..Amin. InsyaAllah aku juga akan kesana suatu hari nnti. Amin dan semoga termakbul doa yang kukirimkan pada mak & abah. =)

    Bila masuk sahaja bulan ramadhan tahun ini,jiwa terasa lebih tenang daripada bulan-bulan sebelum ini. Tak tahu kenapa. Waktu tengah belek - belek lagu kat u-tube,terjumpa lagu nasyid ni.



Dikeheningan malam,
Tafakur di kesyahduan,
Merindui janji-janjiMu Tuhan,
Bantuan di perjuangan.

Kutitiskan air mata,
Taubat segala dosa,
Moga terangkat penghijab kalbu,
Antara kau dan aku.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Ku sujud pada kudrat-Mu,
Ku serahkan jiwa ragaku,
Pada takdir iradat-Mu.

Pimpinlah daku dalam redha-Mu,
Kasihi daku dalam rahmat-Mu,
Hanya pada-Mu aku mengadu,
YaAllah Ya Tuhanku.

(Zikraa : Tafakur)


Terasa kerdil diri ini memohon pengampunan dari yang Maha Esa. 

Semoga kita semua berada dibawah lindungan Allah SWT..amin 



No comments: